Thursday, July 5, 2007

KENAIKAN HARGA BARANG DAN PEMIMPIN LEKA

Adalah amat menyedihkan apabila kenaikan harga barangan tidak mengikut kemampuan sebenar kuasa beli masyarakat di Malaysia. Jika kita melihat kenaikan gaji kakitangan awam, memang tiada komen. Tetapi sekiranya kita mengambilkira secara keseluruhan masyarakat negara kita, adakah semuanya berkerja dan berkhidmat dengan perkhidmatan awam?.. Saya berpendapat majoriti daripada rakyat di negara kita MALAYSIA adalah daripada golongan tidak berkerja, berpendapatan rendah dan bukan berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Melihat keadaan ini, sebenarnya hanya sebilangan kecil saja rakyat yang benar-benar dapat merasai sumber kekayaan negara kita dan yang selebihnya terpaksa berserah pada nasib.

Kenaikan harga barangan sebenarnya boleh dikawal jika pemimpin-pemimpin yang berkenaan dapat melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik. Pada pilihanraya akan datang, jika rakyat dapat menilai kelayakan dan kredibiliti seorang pemimpin untuk dipilih dan bukannya atas nama parti, saya berpendapat negara kita akan dapat diuruskan dengan lebih baik lagi. Sesebuah parti tidak akan dapat melakukan apa-apa melainkan pemimpin-pemimpin dalam parti itulah yang perlu berkerja keras.

2 comments:

Anonymous said...

Kenaikan harga barang sememangnya telah menyebabkan semua orang merungut dan pada masa inilah kita terasa benar-benar memerlukan pemimpin yang jujur dan mahir untuk menyelesaikan masalah rakyat. Jika kita mendapat pemimpin yang benar-benar pakar dalam hal ehwal ekonomi dan mementingkan rakyat sudah tentu rakyat dapat menikmati taraf hidup yang lebih baik lagi.

Anonymous said...

saya hairan betul dengan masalah kenaikan harga barang meningkat secara perlahan-lahan dimana kita dapat melihat kedai runcit di beberapa pusat bandaraya, bandar dan pekan. saya pernah pergi ke satu tempat di mana harga sesuatu barang tersebut lebih tak masuk akal dan bila di tanya peniaga tersebut terus cakap selamba 'apa boleh buat nasiblah lagipun kerajaan sudah naik gaji mah, saya pun mau rasa juga duit diorang'. saya tanya lagi macam mana orang yang bukan kerja kerajaan.peniaga tersebut cakap 'itu terpulang kepada nasib diaorang lah lagipun bukan diaorang saja yang pembeli banyak lagi pembali mah'. dalam kes ini saya hairan mana perginya pemimpin yang mahu harga barang dipantau, peniaga sanggup buat apa saja untuk memperolehi keuntungan yang maksimum tanpa mengiraukan kemampuan setiap manusia.sekarang yang paling ketara harga barang naik seperti barang keperluan sekaligus peniaga restoran dan kedai makan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga sesetengah makan, ini tidak akan menjadi persoalan sekirannya peniaga kedai makan ataupun restoran menggunakan ramuan yang setimpal dengan citarasa pengguna. saya harap agar pemimpin yang diundi melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin bukan sekadar banyak mulut dan tunjuk kesalahan orang tapi penyelesaian yang diterima logik dan akal. dari kota kinabalu sabah